Telah Aku Serahkan Hati Ini

RM30.00


PENULIS: APRIL SNOW

ISBN: 978-967-15285-2-5

~ Hanya kamu yang aku mahu

Tak ada perempuan di dunia ini yang berkahwin untuk bercerai. Tak ada. Kahwin dan hidup bahagia bersama hingga nafas akhir. Itu harapan Zira pada perkahwinannya dengan Zainal. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang rupanya hanya anganan. Dalam diam dia dicurangi. Suami menyulam cinta lama dengan bekas kekasih hati.

Pengakuan Zainal yang dikahwini sejak lima tahun lalu buat diri rasa bagai dihempap runtuhan gunung.

“I kahwin dengan you sebab mak I. I memang tak pernah cintakan you, Zira. You pilihan mak I. Bukan pilihan hati I. I minta maaf, Zira. Tapi I tak boleh tipu hati dan perasaan I.”

“I dan dia akan bernikah dalam masa terdekat.”-Zainal Rauf

Kejamnya seorang suami. Sudah ditetak dengan kecurangan, dicincang lumat pula dengan kata-kata paling pilu. Sampainya hati seorang Zainal.
Hidup harus diteruskan. Berpisah jalan terbaik. Jadi janda sampai mati seribu kali lebih baik dari menjeruk rasa berkongsi kasih. Hati sendiri harus diutamakan. Dia reda dengan takdir yang tertulis. Dan takdir hidup menemukan Zira dengan si dia.

“Saya Amir Rashid. Panggil Amir.”

Amir yang misteri bagaikan malaikat penjaga. Sentiasa muncul kala diperlukan. Zira selesa. Zira bahagia. Dan kala Amir melamar, Zira jadi tak tentu hala!

“Sudi tak awak bina bahagia dengan saya, Zira? Bahagia yang kekal hingga ke akhir nafas?”

Zira mahukan Amir, tapi lelaki yang penuh tanda tanya itu buat dia ragu biarpun abah dan mak sudah terlebih dahulu setuju Amir sebagai menantu. Amir…siapa awak sebenarnya? Tolonglah jangan buat saya macam ni.

“Kahwin dengan saya. And you will know everything about me, sweetheart.”

Benarkah hati Zira milik Amir? Pada Amirkah harus diserahkan hatinya ini?

Telah Aku Serahkan Hati Ini ada jawapannya.

Read More

Out of stock

Categories: ,

Additional information

Weight 0.5 kg