Rindu Kasih Madinah


PENULIS: NUEEN

ISBN: 978-967-12461-1-5

~ Ada yang hilang dari hatiku

HATI mana yang tidak hancur berderai bila kekasih hati memilih untuk menikahi kakak tersayang. Namun Wardah pasrah. Mungkin sudah tertulis, bukan Razman bakal calon pendamping hidupnya.

“Boleh Wardah tahu kenapa abang pilih Kak Hajar?”

“Abang rasa kita perlu selamatkan dia dari terpesong terus. Dia lebih perlukan abang berbanding Wardah. Wardah fahamkan maksud abang.”

Ya, Wardah faham. Jauh di sudut hatinya dia merelakan Razman memilih Hajar kalau itu adalah cara yang terbaik buat kakaknya. Jadi, Wardah perlu pergi jauh. Bukan untuk membawa hati yang retak, tapi Wardah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah Razman menyayangi Hajar tanpa bayangan Wardah.

Permohonan Wardah untuk menyambung tugasnya sebagai jururawat di bumi Arab diterima ketika dia melihat mahligai milik bekas kekasih sedang terbina indah. Dia akan pergi jauh sejauhnya. Tak perlu dikenang apa-apa lagi. Di situlah dia bertemu semula dengan kawan sekelas yang dia panggil kacang hantu. Seorang samseng sekolah boleh belajar tentang usuluddin dan menjadi mutawwif secara sambilan.

Diakah Ahmad Zikri yang selalu buat darah Wardah mendidih? Ada apa sebenarnya disebalik perpisahan bertahun lama sehingga mampu merubah kehidupan Ahmad Zikri?

OUT OF STOCK – TIADA CETAKAN LAGI

Categories: ,

Additional information

Weight 0.5 kg