Luruh Cinta Kerana Dia

RM28.00


PENULIS: MARYAM ADEL

ISBN: 978-967-15285-4-9

~ Luka itu aku yang rasa

Perkahwinan yang diharapkan berkekalan hingga hujung nyawa mula dilanda ujian selepas lima tahun Athisah dan Shauqi menganyam bahagia. Hanya kerana mereka gagal dikurniakan cahaya mata, hubungan yang dibina atas dasar cinta itu mula goyah.

Keadaan dikeruhkan lagi dengan kehadiran Hajah Naemah yang sememangnya tidak merestui perkahwinan itu sejak awal lagi. Dan kemunculan si cantik Raihanah memburukkan lagi hubungan mereka suami isteri.

Ujian demi ujian melanda hingga akhirnya Athisah mengaku kalah. Kecewa dan terluka dengan apa yang melanda dalam hubungan mereka, Athisah bertindak membawa diri.

Dalam perlariannya, Athisah dipertemukan dengan Zikri, seorang doktor gigi muda yang juga sedang rawan hatinya. Sikap Zikri yang tegas, bercakap lepas dan suka mengusik membuatkan dia semakin lupa dengan derita yang pernah dialami. Namun untuk membuka hatinya untuk menerima cinta lelaki itu, dia trauma!

Mampukah hatinya menerima cinta Zikri? Atau dia akan terus ‘berpaut’ pada cinta Shauqi? Mungkinkah akan ada musim bunga yang akan muncul dalam hidup Athisah? Atau cintanya yang pernah luruh keranadia’ akan terus gugur tidak berbunga lagi?

Read More

Categories: ,

Additional information

Weight 0.5 kg