Jangan Pernah Katakan Cinta

RM30.00


PENULIS: ANN

ISBN: 978-967-12461-6-0

~ Ada cinta di sebalik sebuah cerita

IKATAN yang dibina dari rasa cinta bukanlah kunci untuk bahagia hingga ke akhir hayat. Redza suami tercinta berubah dengan tiba-tiba,memaksa Zafirah mencari di mana puncanya. Bila mengetahui Adira teman baik sendiri yang menjadi pengkhianat, Zafirah membawa diri .

Muncul pula Indra Shahman di tengah-tengah kemelut rumah tangganya. Lelaki yang mampu menghadirkan warna-warna indah dalam hidup Zafirah.

“You okey tak ni? Dari tadi nampak macam…” – Indra “Macam apa?” – Zafirah

“Macam heroin drama baru lepas kena kahwin paksa!” – Indra

Desakan Indra Shahman, lelaki misteri yang selalu ada di kala Zafirah diduga, memaksa dia membuat pertimbangan untuk menamatkan hubungannya bersama si suami.

“Hidup dan mati saya di tangan dia.” – Zafirah

“Hidup dan mati you di tangan TUHAN. Percaya, yang hidup you akan berubah bila you sudi terima bantuan I. Tawaran I tak bersyarat dan tiada tamat tempoh.” – Indra

Mungkin sudah tersurat, jodohnya bersama Redza tak panjang. Zafirah dikejutkan dengan satu berita yang cukup menyakitkan. Memaksa dia terus berpaling dan tiada peluang kedua untuk suaminya itu.

“Abang kehilangan seluruh jiwa abang sejak Zaff pergi. Sekali saja Zaff, abang perlukan peluang itu sekali lagi.” – Redza

“Peluang tu dah tertutup sewaktu abang lafazkan talak. Atau lebih tepatnya, waktu Zaff tahu abang curang pada Zaff. Semua tu sudah tertutup terus dan takkan sekali lagi terbuka untuk abang.” – Zafirah

Apa sebenarnya berlaku pada Redza dan Adira, sehingga Zafirah semakin membenci suaminya itu? Apakah hadiah ‘terindah’ dari Redza untuk isterinya, sampai Zafirah terpaksa menjaga hadiah ‘sempurna’ dari suami dan kekasihnya itu?

Siapa sebenarnya Indra di sebalik kisah kecurangan Redza dan Adira? Dan mampukah Zafirah bertemu bahagia apabila hidupnya sering disinggahi derita?

Read More

Categories: ,

Additional information

Weight 0.5 kg