Edelweiss – Prolog

DIA berdiri tercongok di situ. Raket tenis di tangan kiri dibuat tongkat bagi menyokong badannya. Tangan kanan diangkat separas muka. Lima setengah petang. Dah setengah jam aku menunggu kat sini. Batang hidung mentor aku pun tak nampak.

Coach, apa ni? Dah la saya tak kenal siapa mentor saya. Bertambah haru jadinya bila coach tiba-tiba ada hal pulak. Haih. Dia dah membebel-bebel dalam hati.

Memang aku nak luku aje my so-called mentor ni. Ingat dia tu VIP ke apa nak kena tunggu segala? Belum jumpa lagi dah buat kepala aku berasap! Haish.

Masih dia ingat akan kata-kata jurulatih kelab tenisnya pada minggu lepas.

I will announce those who get selected to represent our university for MASUM.” MASUM – Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia.

Elok aje coach sebut nama Eliza Allina binti Mohd Alias, terus dia rasa nak tumbang. Matanya dikedipkan berkali-kali. Apa? Masa tu Ijah rasa badannya dah terhuyung-hayang.

Dia menyertai kelab tenis universitinya hanyalah sekadar suka-suka sebab minatnya yang mendalam terhadap sukan tenis. Dia pun tak pernah terfikir nak menyertai mana-mana perlawanan besar seperti MASUM. Perlawanan yang dia pernah sertai pun hanyalah di peringkat mahallah iaitu Inter-Mahallah Sports Competition. Selain daripada itu, yilek.

Okey, disebabkan Ijah perlu berlatih untuk MASUM, coach dah sediakan seorang mentor untuk Ijah sebab coach kata memandangkan Ijah dah ada asas dan boleh bermain dengan baik, coach perlukan seseorang yang dah mahir untuk latih Ijah.

Kata coach lagi, “He’s the champion from the last two years’ tournament, and currently training with our Mustangs Tennis Team. Dia pun setuju nak train kamu, Iza.”

Mustangs Tennis Team? Matilah Ijah. IIUM Mustangs Varsity Team merupakan satu kontinjen atlet-atlet UIAM yang mewakili UIAM dalam pelbagai jenis perlawanan. Ada sukan tenis, memanah, boling, hoki, futsal, ragbi dan pelbagai sukan lain.

Lagi satu yang buat Ijah terkejut ialah: He? His? Ijah rasa nak tercekik bila dengar perkataan tu. Laaaa, lelaki ke? Aku baru la nak bajet bermanja-manja dengan mentor aku. Ijah rasa nak ketawa guling-guling.

Kau nak bermanja apa benda Ijah kalau muka tu ketat aje 24/7?

Ijah masih lagi berdiri dengan raket tenis sebagai tongkat. Kaki kirinya pula digendang perlahan ke lantai. Mananya mentor aku nih? Sesat ke? Female Sports Complex ni punyalah strategik tempatnya, boleh sesat jugak ke?

“Eliza Allina Mohd Alias?”

Siapa pulak yang panggil nama penuh aku ni?

Automatik dia berpaling ke belakang. Orang yang memanggilnya itu sedang tercungap-cungap bernafas. Kena kejar hantu raya ke, bro?

“Haa.” Ijah menjawab sepatah dan malas-malas. Aku pantang sikit orang yang tak menepati masa ni.

“Thaqif. Sorry I’m late. Ada hal sikit tadi.” Mentor Ijah itu masih lagi tercungap-cungap.

Ijah mencebik. Ingat kau seorang je la ada hal, aku tak ada?

“Tak apa. Aku pun baru je sampai. Adalah dalam setengah jam lebih.” Sarkastik dia membalas.

Kening Thaqif terangkat sebelah. Tinggi. Ek eh, sedapnya ayat, sister?

So, shall we, Eliza?” Thaqif malas nak panjangkan cerita apabila melihat Ijah yang macam moody aje.

“Iza. Nama aku Iza.” Thaqif yang sedang berjalan segera terhenti.

“Apa?” Thaqif berpaling.

“Nama aku Iza.” Keras Ijah menjawab.

Memang semua orang (kecuali teman-temannya) memanggilnya dengan panggilan itu, jadi dia rasa sangatlah pelik apabila mentornya ini menggelarnya Eliza. Sebab dia rasa nama Eliza itu terlalu keperempuanan dan tak sesuai dengan jiwanya yang ganas ini. Yalah, Ijah weh!

“Laa, apahal pulak tak boleh panggil awak Eliza?” Eliza tu kan nama dia juga? Ni pun nak jadi isu ke macam mana?

“Sebab nama aku Iza.” Ijah membalas gaya menyampah dengan soalan Thaqif.

“Elizaaaaaaa.” Thaqif masih lagi mahu cari pasal.

“Iza la, ngek. Iza. I.Z.A.” Siap diejanya satu-satu. Hujung raket tenis-nya dibawa tepat ke hidung Thaqif.

“Kau gatal-gatal panggil Eliza tu apahal?” Tapi mat ni tak faham-faham juga!

Thaqif menepis hujung raket tenis Ijah dengan raketnya.

“Eh, ada kena bayar ke kalau saya panggil awak Eliza? Tak ada kan. Lagipun, Eliza tu nama awak jugak. Suka hati saya la nak panggil apa.”

Nafas dilepas kasar. ‘Mat, kau ni fail pemahaman ke hape haa?’

Ijah memicingkan matanya. “You are so dead!” Dan terus berjalan menuju ke gelanggang tenis.

“Tak nak warm up dulu ke?” Budak ni karang kalau main terus, mau kejang satu badan!

“Kau pergilah warm up sorang-sorang!” Ijah bergerak mahu berlalu.

Thaqif ketawa sebelum menggeleng kepala. Seronok tengok muka marah mentee-nya itu. Tawa Thaqif segera terhenti apabila dirasakannya ada sesuatu menghentam dahinya. Seraya itu sebiji bola tenis bergolek jatuh ke kakinya.

“Hahahaha!” Ijah dah ketawa. Itulah, nak ketawa tak pandang kiri kanan.

“Mentor, aku chow dulu. Jumpa esok. Bye!” Badannya dah berpaling mahu pulang ke mahallah. Tangan kanan diangkat sebelum dilambai-lambai.


PROLOG BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL EDELWEISS (PENULIS: AMANY)

Leave a Reply