Cinta Yang Dilupa – Prolog

“Kenapa kau masuk office. Bukan kau kena ke Paris?” Aku yang sedang mencari fail tersentak dengan sergahan dari Fatin itu. Entah dari mana dia muncul.

“Memang lah. Aku singgah kejap. Nak ambil fail yang aku kena bentang nanti kat sana tu. Kau tau lah aku ni pelupa. Mana aku letak ntah.”

Aku menggaru kepala. Serata tempat aku cari. Tak juga jumpa. Haih.. Sifat pelupa aku ni makin kronik agaknya. Aku garu kepala. Mataku masih meliar mencari fail itu.

“Lah Fail Zent tu ke? ” Tanya Fatin. Dia datang mendekat ke arah aku.

“Ha’ah. Fail tu la. Kau ada nampak?” Soalku semula. Tanganku masih lagi ligat mencari di celahan kertas-kertas yang berselerakan atas meja kerjaku.

“Kau tertinggal kat depan. Aku bagi Zarul semalam suruh pas pada kau. Dia tak bagi ke?” Muka Fatin sudah berubah pelik.

“Kenapa kau bagi dia? Kau kan tahu aku dengan dia macam mana.” Aku merengus sebal. Bukannya Fatin tak tahu hubungan aku dan Zarul macam mana. Sengaja juga dia buat aku menghadap lelaki itu. Walaupun hubungan kami seolah baru saja baik pagi tadi. Tapi tetap jua rasa sebalku masih bersisa. Apatah lagi aku masih dengan rasa yang berbaur tentang hubungan kami itu.

Handbag ku capai. Aku perlu ke bilik Zarul juga nampaknya.

“Jap. Yang kau marah kenapa? Dah korang duk serumah. Aku pas la pada dia. Korang ni la. Nama je suami isteri. Tapi seorang ke hulu. Sorang ke hilir.” Fatin cuba membela dirinya. Aku tahu Fatin memang risaukan kekeruhan hubungan aku dan Zarul. Suamiku itu. Tapi, cukuplah hanya aku dan Zarul ketahui punca hubungan dingin kami.

Whatever lah. Aku nak ke bilik dia ambil fail tu. Lepas tu aku terus ke airport,” beritahuku pada Fatin.  Bagasi yang kubawa tadi ku heret keluar. Aku kerling sekilas muka Fatin yang berubah.

“Eh. Biar aku ambil je. Kau tunggu sini.” Cepat-cepat Fatin menahan pintu yang ku buka dengan mengadang tangannya.

Aku mengerutkan dahi. Hairan dengan tingkahnya yang tiba-tiba.

“Tak payah. lambat. Aku nak cepat ni.” Tubuhnya ku tepis ketepi. Langkah terus ku hayun ke bilik Zarul.

Pintu bilik Zarul terbuka sedikit. Aku dengar suara perempuan mendesah dan tertawa. Jantung aku berdegup kencang. Benarkah telahan yang sedang bermain di benakku kala ini? Aku tak mampu lagi bersabar. Pantas pintu biliknya kukuak.

“Zarul! How dare you?” Jeritku.

Terbuntang luas mataku bila melihat Linda sedang mencium rakus bibir Zarul. Dengan dia di atas riba Zarul.

Telahanku benar. Zarul benar-benar melampau!

Zarul bingkas bangun lalu menolak Linda hingga perempuan itu jatuh terjelepok ke bawah.

“Reen. I boleh terangkan. Ini bukan seperti yang you fikirkan.” kalut Zarul menapak ke arah aku. Huh! Ayat klise. Ingat aku percaya?

Stop it Zarul! I datang nak ambil fail Zent,” pintasku. Telapak tanganku naik menahan langkahnya. Langsung aku ke mejanya. Fail yang aku cari itu elok terletak di atas meja, aku capai dengan kasar.

Sebelum aku melangkah pergi. Aku dekati Linda. Wajah angkuh itu aku cerlung dengan pandangan tajam.

Pang!!

Satu tamparan aku hadiahkan pada dia.

“Kau boleh ambil dia lepas ni. Tapi aku tak mahu kau muncul lagi kat office ni.” Aku beri amaran. Linda langsung memegang pipinya yang berbekas dengan tamparanku.

Zarul terkaget melihat tindakanku.

Pantas kakiku angkat melangkah pergi dari bilik dan pasangan itu.

That it. Cukup setakat ini untuk kami bertahan.

Mungkin ini penghujung satu perhubungan yang sudah tiada ertinya.

“Reen. Please dengar cakap I. Linda yang cium I. Bukan I yang cium dia. Please Reen… I’m begging you,” Zarul memaut lenganku. Membuat langkahku terhenti.

Aku hela nafas dalam sebelum wajahku berpaling padanya.

“Apa lagi Zarul? Cukuplah… I penat. Let’s finish it. Please… Kita divorce,” pintaku untuk kesian kali. Penat. Aku sudah terlalu penat dengan hubungan kami ini. Untuk apa kami bersama andai manisnya sudah tiada.

No! I tak akan ceraikan you.” Dia memandang aku dengan pandangan sayu. Pandangan yang dulu penuh dengan cinta dari kami berdua. Tapi kini segala rasa itu telah hilang dibawa waktu.

Entah mana silapnya. Apakah waktu dan keadaan yang mengubah kami? Atau hakikatnya cinta itu hanya mainan kata dan perasaan yang tak pernah kekal.

Aku kalihkan mata dari memandangnya.

“Kita dah tak cintakan antara satu sama lain lagi Zarul. You know that. I cuba bertahan tapi bila you bawa Linda ke office dan buat maksiat. I can’t take it anymore. It’s enough.” Kataku dalam nada tenang. Pegangannya ku rungkaikan.

But Reen…”

“Dahla… I dah lambat. Nanti I balik dari Paris kita bincang tentang semua ini lagi,” pintasku. Lantas aku meloloskan diri ke dalam teksi yang dari tadi menungguku.

Entah kenapa aku tidak menitiskan langsung air mata ketika melihat Zarul dan Linda bercumbu tadi. Malahan aku berasa lega. Kerana aku kini punya alasan yang kukuh untuk berpisah dengan Zarul.

Selama ini aku diam bila Zarul mencurangi aku. Tapi bila dia mula membuat onar di tempat kami mencari rezeki. Aku tak boleh memaafkannya lagi.

Tiba-tiba.. Dalam aku khayal melayan perasaan.

Bum!

Badanku terasa melambung-lambung. Dan pandanganku mula gelap…


PROLOG BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5  BAB 6


BELI NOVEL CINTA YANG DILUPA (PENULIS: MELL AURORA)

Leave a Reply