Khamis, 30 Jun 2011

15 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
( Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15 )

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” ( Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 :38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
  • tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Menegur anak secara negatif
  • mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
  • membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
  • ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani


6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
  • ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11.Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting ke rana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu a’lam.
Create your own banner at mybannermaker.com!

Rabu, 29 Jun 2011

40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali
Create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 28 Jun 2011

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Pelbagai Logo Halal... Rakyat Keliru!

Logo HALAL yang diikhtiraf oleh Jakim

JAKIM sebagai badan penyelaras pensijilan halal Malaysia telah memperkenalkan logo halal baru yang standard di seluruh Malaysia. Logo standard ini menjawab terhadap segala persoalan dan kekeliruan yang seringkali timbul oleh orang ramai memandang setiap jabatan agama Islam negeri-negeri mengeluarkan logo halal masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri.

 Logo baru ini hanya mengandungi perkataan halal dalam tulisan Arab-Jawi dan perkataan Malaysia dalam tulisan Rumi. Yang membezakan di antara logo-logo halal yang dikeluarkan hanya dapat dikenali berdasarkan kod nombor mengikut kod nombor kad pengenalan berdasarkan negeri-negeri yang digunapakai di Malaysia. Sebagai panduan kepada pengguna, logo baru yang keluarkan secara rasmi kepada premis pemohon ialah bewarna hitam pekat. Bagi memudahkan pihak pengeluar, mereka dibenarkan menggunakan warna-warna yang lain mengikut produk dihasilkan asalkan tidak sedikitpun merubah speksifikasi logo asal.

Dengan memperkenalkan logo baru ini pada 2003 lepas, maka secara langsung logo-logo lama yang masih beredar di pasaran seperti yang tercatat perkataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri dijangka akan dapat dihapuskan sehingga di penghujung tahun ini, 2004. Tujuan utama pengenalan logo ini ialah untuk penyelarasan, di samping itu strategi lain ialah untuk menghapuskan penggunaan logo halal palsu seperti BAHIES dan sebarang perlabelan halal yang tidak tidak disahkan oleh mana-mana pihak berautoriti Islam negara.






Create your own banner at mybannermaker.com!

Makanan Membentuk Peribadi


PEMBONGKARAN media massa mengenai penipuan penggunaan logo halal dan betapa bahan makanan haram dijual sebagai ‘halal’ di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa, membuktikan masalah terbabit terus berleluasa. Bagaimanapun, setiap kali isu itu didedahkan media, barulah pihak tertentu akan ‘melompat’ dengan pelbagai bentuk tindakan. Yang terbaru mengenai pengenalan logo halal baru yang dilengkapi ciri keselamatan lebih ketat.

Sebenarnya isu halal haram berkisar kepada tiga perkara asas: Pertama, sikap pengguna yang beragama Islam terhadap nilai halal haram makanan yang dibeli; kedua, sikap penjual sama ada mereka menghormati pantang larang orang Islam; dan ketiga, penguatkuasaan undang-undang sama ada mencukupi untuk membendung perbuatan menipu logo halal.
Pemahaman mengenai pentingnya memilih makanan memang diketahui umum. Kita suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing. Bagaimanapun, ramai yang hanya melihat kelazatan dan khasiat tanpa meneliti sejauh mana kesesuaiannya untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan dan halal menurut syariat.

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”. Baginda kemudian menyebut seorang lelaki yang sedang berjalan jauh dengan keadaan kusut masai rambutnya dan berlumuran debu sedang dua tangannya menadah ke langit sambil berdoa “Ya Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka betapakah boleh diperkenankan Allah doanya.”

Makanan yang suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan soal kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama. Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Islam menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari akan melahirkan nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya, termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Dalam ibadat asas agama iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah s.w.t. tidak akan menerima solat hamba-Nya yang beribadat dalam keadaan kotor. Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”

Islam sangat syumul dalam pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah

Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”
Makanan haram sama ada daripada bahan yang dicampur najis dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah boleh mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.
Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat dan bencikan kerja-kerja kebajikan dan ketaatan.
Kedua, doanya tidak akan dimakbulkan Allah s.w.t. dan ketiga, ia akan menyebabkan dia mendapat seksaan neraka di akhirat kelak.

Apa jua bentuk makanan halal dan bersih perlu diikuti peraturan memakannya sebagaimana disarankan Islam.
Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan diri seseorang daripada dihidapi penyakit tertentu.
Rasulullah menyarankan perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Ia amat bertepatan dengan ilmu sains dan kesihatan yang perlu diamalkan manusia. Insya-Allah jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, sudah pasti kita bukan saja akan dapat merasai nikmat kenyang bahkan hidup lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah s.w.t.

Daripada aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin berkarat, makanan yang layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga mencukupi daripada zat di dalamnya.Islam dan ilmu kesihatan begitu intim hubungannya. Sejak manusia dilahirkan, makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat Islam, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.

Akhlak yang bakal dijelmakan anak adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika solehah si ibu yang menyusukan, akan lahirlah generasi anak berakhlak mulia dan terpuji. Jika dimulakan dengan susu haiwan, bayi itu bila membesar akhlaknya dikhuatiri menjadi tidak sempurna. Selain adab makan dan memilih makanan, dari segi penjagaan kesihatan, Islam melarang mengambil makanan dan minuman secara berlebihan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.” Banyak jenis penyakit bermula daripada salah memilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”
Allah s.w.t murka kepada hamba-Nya yang suka melampaui batas, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan.

Sebagai balasan, Allah s.w.t. akan menurunkan pelbagai wabak penyakit, sama ada ia akan menyerang manusia secara keseluruhan atau menyerang individu yang berpunca daripada kelalaian dan kealpaan manusia mengurus diri untuk menikmati kurniaan Allah s.w.t.

Sumber : Laman Kementerian Pelajaran Malaysia
-ALS
Create your own banner at mybannermaker.com!

Tips Keselamatan Anda Terutama Kaum Wanita!


Berikut beberapa petua untuk Keselamatan Anda diambil dari temuramah dengan beberapa penjenayah yang ditahan di penjara:

1) Perkara pertama yang dilihat adalah fesyen rambut anda. Mereka akan memilih dari kalangan perempuan yang mempunyai fesyen rambut yang mudah direngkuh atau ditarik seperti berambut panjang yang diikat di belakang. Rambut pendek kurang mendapat perhatian.

2) Jenis pakaian yang mudah dibuka menjadi pilihan penjenayah supaya mudah dan cepat untuk membuka.

3) Memilih mereka yang sedang leka sewaktu berjalan seperti sedang bercakap dengan telefon bimbit, mencari-cari barang dalam beg tangan, atau sedang bermekap.

4) Waktu paling diminati adalah antara Jam 5.00 pagi hingga 8.00 pagi.

5) Memilih tempat yang mempunyai lokasi tersembunyi selepas menarik anda seperti jalan dan lorong sunyi atau semak-semak yang jarang dilalui orang.

6) Hanya 2% sahaja yang mengaku menggunakan senjata berbahaya, ini adalah kerana melakukan jenayah dengan senjata akan membawa hukuman 15 ke 20 tahun penjara, manakala jika tidak hanya 3 hingga 5 tahun penjara sahaja.

7) Mereka suka memilih mangsa yang tidak melawan, kerana ia menjimatkan masa berbanding yang melawan.

8) Memilih mangsa yang TIDAK mempunyai alat yang boleh digunakan dari jarak jauh seperti payung, spray, tongkat dan sebagainya. Ini adalah kerana lagi dekat penjenayah boleh merapati anda lebih peluang untuk dia berjaya.

9) Kaedah atau cara lain yang boleh menjejaskan niat jahat penjenayah ialah cuba sebaik mungkin berinteraksi dengan mata atau merenung wajah orang yang mencurigakan, atau yang mengekori anda atau menegurnya mengapa mengikuti anda dengan berhenti dan menoleh, lebih lama anda mengecamnya lebih banyak maklumat atau tanda-tanda di wajah, pakaian dan tanda lain yang boleh menjadi data maklumat apabila membuat aduan kelak atau kawat pengecaman.

10) Apabila berhadapan dengan orang yang datang secara buru-buru kearah anda, angkat tangan dan berkata "BERHENTI! APA TUJUAN ANDA DATANG KEPADA SAYA" Kebanyakan penjenayah akan membatalkan niatnya apabila berhadapan dengan mangsa yang menjerit ke arahnya, atau menunjukkan sifat-sifat melawan dan agresif, mereka akan memilih sasaran yang mudah sahaja.





Tinta Teratak Kasih... Create your own banner at mybannermaker.com!

Statistik Menarik Tentang Internet


1. Jumlah keseluruhan pengguna Internet diseluruh dunia seperti yang dilaporkan oleh Internet-World-Stats pada Feb 2004 ialah hampir 740 juta. 650 juta pengguna dari jumlah tersebut merupakan pengguna yang berada dalam lingkungan 25 negara teratas di dunia yang mempunyai bilangan pengguna paling banyak di dunia.

2. Amerika Syarikat mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai di dunia iaitu sebanyak 199 juta mendahului negara yang paling banyak penduduk di dunia di China yang menduduki tempat kedua.

3. Menurut laporan Internet-World-Stats pada Feb 2004, walaupun Amerika Syarikat mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai di dunia namun dari segi kadar penembusan penggunaan Internet, ia jatuh ketempat kedua. Tempat pertama disandang oleh Sweden yang mempunyai kadar penembusan sebanyak 77% berbanding dengan Amerika Syarikat yang hanya 68%.

4. Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam senarai 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna Internet paling ramai. Walaubagaimanapun, dari segi kadar penembusan, Malaysia tidak tersenarai dalam lingkungan 25 negara teratas yang mempunyai kadar penembusan penggunaan tertinggi. Kadar penembusan bagi Malaysia hanyalah 32% sahaja.

5. Kadar penembusan yang tertinggi bagi negara Asia ialah Hong Kong (China) yang menduduki tangga ke-5 dunia. Negara-negara Asia yang lain yang turut berada dalam senarai Top 10 ialah Korea Selatan yang menduduki tempat ke-8 dunia dan Singapura yang menduduki tempat ke-9 dunia. Secara ringkas, negara-negara Asia yang mempunyai kadar penembusan bagi penggunaan Internet yang tertinggi ialah Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Jepun.

6. Benua Afrika merupakan benua yang mempunyai jumlah pengguna Internet yang paling rendah berbanding dengan benua-benua lain iaitu sebanyak 10 juta orang. Namun, apa yang menarik, kadar pertambahan pengguna dalam tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2004 adalah sangat menggalakkan di mana ianya meningkat sebanyak 123.6%!

7. Agak pelik kerana negara-negara gergasi dunia seperti China dan Russia mempunyai kadar penembusan penggunaan Internet yang sangat rendah. Kadar penembusan bagi China hanyalah 6% manakala Russia pula 4.1% sahaja.

8. Antara 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna paling ramai di dunia, India dan Indonesia mempunyai kadar penembusan penggunaan yang paling rendah. Kadar penembusan bagi India begitu rendah iaitu 1.5% manakala Indonesia pula sebanyak 3.6%.

9. Berdasarkan laporan GlobalReach bagi bulan Mac 2004, bahasa yang paling popular digunakan di Internet ialah Bahasa Inggeris iaitu sebanyak 35.8% diikuti dengan Cina sebanyak 14.1% dan Jepun, 9.6%
Create your own banner at mybannermaker.com!

Fakta Menarik Tentang Minuman Coke



Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak? Tentu hilang semua daki-daki yang degil kat badan tak..?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati... .nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.





Tinta Teratak Kasih

Create your own banner at mybannermaker.com!

Isnin, 27 Jun 2011

The Top 10 Languages Spoken In The World


10) French
Number of speakers: 129 million
Often called the most romantic language in the world, French is spoken in tons of countries, including Belgium, Canada, Rwanda, Cameroon, and Haiti. Oh, and France too. We're actually very lucky that French is so popular, because without it, we might have been stuck with Dutch Toast, Dutch Fries, and Dutch kissing (ew!).

To say "hello" in French, say "Bonjour" (bone-JOOR).

9) Malay-Indonesian
Number of speakers: 159 million
Malay-Indonesian is spoken - surprise - in Malaysia and Indonesia. Actually, we kinda fudged the numbers on this one because there are many dialects of Malay, the most popular of which is Indonesian. But they're all pretty much based on the same root language, which makes it the ninth most-spoken in the world.

Indonesia is a fascinating place; a nation made up of over 13,000 islands it is the sixth most populated country in the world. Malaysia borders on two of the larger parts of Indonesia (including the island of Borneo), and is mostly known for its capital city of Kuala Lumpur.

To say "hello" in Indonesian, say "Selamat pagi" (se-LA-maht PA-gee).

8) Portuguese
Number of speakers: 191 million
Think of Portuguese as the little language that could. In the 12th Century, Portugal won its independence from Spain and expanded all over the world with the help of its famous explorers like Vasco DA Gama and Prince Henry the Navigator. (Good thing Henry became a navigator . . . Could you imagine if a guy named "Prince Henry the Navigator" became a florist?) Because Portugal got in so early on the exploring game, the language established itself all over the world, especially in Brazil (where it's the national language), Macau, Angola, Venezuela, and Mozambique.

To say "hello" in Portuguese, say "Bom dia" (bohn DEE-ah).

7) Bengali
Number of speakers: 211 million
In Bangladesh, a country of 120+ million people, just about everybody speaks Bengali. And because Bangladesh is virtually surrounded by India (where the population is growing so fast, just breathing the air can get you pregnant), the number of Bengali speakers in the world is much higher than most people would expect.

To say "hello" in Bengali, say "Ei Je" (EYE-jay).

6) Arabic
Number of speakers: 246 million
Arabic, one of the world's oldest languages, is spoken in the Middle East, with speakers found in countries such as Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon, and Egypt. Furthermore, because Arabic is the language of the Koran, millions of Moslems in other countries speak Arabic as well. So many people have a working knowledge of Arabic, in fact, that in 1974 it was made the sixth official language of the United Nations.

To say "hello" in Arabic, say "Al salaam a'alaykum" (Ahl sah-LAHM ah ah-LAY-koom).

5) Russian
Number of speakers: 277 million
Mikhail Gorbachev, Boris Yeltsin, and Yakov Smirnoff are among the millions of Russian speakers out there. Sure, we used to think of them as our Commie enemies. Now we think of them as our Commie friends. One of the six languages in the UN, Russian is spoken not only in the Mother Country, but also in Belarus, Kazakhstan, and the U.S. (to name just a few places).

To say "hello" in Russian, say "Zdravstvuite" (ZDRAST-vet-yah).

4) Spanish
Number of speakers: 392 million
Aside from all of those kids who take it in high school, Spanish is spoken in just about every South American and Central American country, not to mention Spain, Cuba, and the U.S. There is a particular interest in Spanish in the U.S., as many English words are borrowed from the language, including: tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada, and taco Grande supreme.

To say "hello" in Spanish, say "Hola" (OH-la).

3) Hindustani
Number of speakers: 497 million
Hindustani is the primary language of India's crowded population, and it encompasses a huge number of dialects (of which the most commonly spoken is Hindi). While many predict that the population of India will soon surpass that of China, the prominence of English in India prevents Hindustani from surpassing the most popular language in the world. If you're interested in learning a little Hindi, there's a very easy way: rent an Indian movie. The film industry in India is the most prolific in the world, making thousands of action/romance/musicals every year.

To say "hello" in Hindustani, say "Namaste" (Nah-MAH-stay).

2) English
Number of speakers: 508 million
While English doesn't have the most speakers, it is the official language of more countries than any other language. Its speakers hail from all around the world, including the U.S., Australia, England, Zimbabwe, the Caribbean, Hong Kong, South Africa, and Canada. We'd tell you more about English, but you probably feel pretty comfortable with the language already. Let's just move on to the most popular language in the world.

To say "hello" in English, say "What's up, freak?" (watz-UP-freek).

1) Mandarin
Number of speakers: 1 billion+
Surprise, surprise, the most widely spoken language on the planet is based in the most populated country on the planet, China. Beating second-place English by a 2 to 1 ratio, but don't let that lull you into thinking that Mandarin is easy to learn. Speaking Mandarin can be really tough, because each word can be pronounced in four ways (or "tones"), and a beginner will invariably have trouble distinguishing one tone from another. But if over a billion people could do it, so could you. Try saying hello!

To say "hello" in Mandarin, say "Ni hao" (Nee HaOW). ("Hao" is pronounced as one syllable, but the tone requires that you let your voice drop midway, and then raise it again at the end.)





Tinta Teratak Kasih...

Create your own banner at mybannermaker.com!

Selasa, 21 Jun 2011

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang mereka masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.









Create your own banner at mybannermaker.com!

Pagar Diri Daripada Sihir Dan Ilmu Hitam



Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu” (Riwayat al Bukhari)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’ (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: "Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik)

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah.. Ya Allah! Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: “Ya Allah. saya memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik)

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari).
Create your own banner at mybannermaker.com!

Kejadian Di Sekeliling Kita....

Kecuaian Sesaat Boleh Membawa Padah!


Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan kepala tersepit ditempat tidur, bayi tersebut didapati maut saat berusaha turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, diyakin bayi tersebut maut akibat kekurangan oksigen, dia tidak dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu,
mulut dan hidungnya tertutup cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai.



Melihat carikkan pada kain cadar, dapat dibayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ragam Pengemis-pengemis Jalanan Di Eropah....







Emmmm.... jauh bezanya pengemis di sana dengan pengemis di sini yer....



Tinta Teratak Kasih...


Create your own banner at mybannermaker.com!

Isnin, 20 Jun 2011

Pelbagai Petua Berguna


Petua Ulam-ulaman

Ulam Pegaga
Bagi anda yang inginkan wajah yang sihat dan berseri. Cubalah petua ini. Ambil beberapa pucuk pegaga dan makan bersama nasi sebagai ulam. Amat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan.


Menghilangkan Pahit Ulam
  • Rebus ulam bersama daun keduduk. Apabila ulam sudah masak, keluarkan daun keduduk tersebut. Toskan ulam dan hidangkan dengan sambal atau pencecah yang anda gemari.
  • Rendam pucuk mengkudu dengan air dan garam selama beberapa minit. Kemudian bolehlah dimakan bersama nasi atau dibuat kerabu.
Meranggupkan Jering TuaTanam jering tersebut ke dalam tanah ataupun pasir. Biarkan selama tiga hari. Setelah itu keluarkan dan bersihkan. Jering akan berasa ranggup apabila dimakan.


Petua Udang

Hindari Bau Busuk Kulit Udang
  • Siramkan kulit udang dengan air panas.
  • Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.
Mengekalkan Kesegaran UdangUdang basah memang mudah berbau jika tidak pandai menyimpannya. Cara yang paling mudah ialah dengan cara mengaulkan udang tersebut dengan gula kasar rata-rata setelah membersih dan membuang kulitnya. Kemudian simpan udang itu dalam peti sejuk.


Petua Tikus

Menghindarkan Tikus
  1. Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga didalam almari makanan.
  2. Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.
  3. Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui oleh tikus.

Petua Tempoyak

Membuat Tempoyak
  • Pilih durian yang masak dengan keadaannya baik.
  • Hancurkan isinya dengan menggunakan sudu.
  • Gaulkan dengan sedikit garam dan gula.
  • Simpan tempoyak di dalam bekas yang bertutup.
Mengembalikan Rasa Sedap Tempoyak MasamKetika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap. Insya-Allah...


Petua Telur

Memilih Telur
Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya padat.

Mengelakkan Telur Rebus Pecah
  1. Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.
  2. Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke dalam periuk.
Menghilangkan Hanyir Telur Goreng
  • Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
  • Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.
Telur Tahan Lama
  1. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
  2. Susunkan telur secara menonggeng ( yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.

Petua Sotong

Melembutkan Sotong Kering
Rendamkan sotong terlebih dahulu dalam abu tanah bakar kira-kira setengah jam.


Membersihkan Sotong
Masukkan sotong tersebut dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Kemudian anda akan mendapati bahawa kulit sotong menjadi lekang dan senang dicuci serta baunya juga hilang.


Membuang Kulit Sotong
  • Rendamkan suratkhabar lama bersama-sama dengan sotong.
  • Kemudian, ramaskan suratkhabar pada badan sotong. Pasti kulitnya mudah keluar dan sedia untuk dicuci.

Petua Seterika

Kesan Kotoran Pada Seterika
Gosokkan seterika anda yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.


Petua Semut

Menghalau Semut
  1. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
  2. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
  3. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
  4. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
Menghindarkan Semut di Pokok Bunga
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.

Menghindari Semut Di Teko
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.





Petua Sayur-sayuran

Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

Menyegarkan Sayuran Berdaun
  1. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
  2. Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.
Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis
Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Jeruk Sawi Buatan Sendiri
  • Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
  • Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
  • Keesokkan harinya, taungkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.
Memilih Sayur - Sayuran
  1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
  2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
  3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
  4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
  5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
  6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.
Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.


Pakaian Terkena Dakwat
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.



Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.



Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.



Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

  • Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
  • Campurkan dengan air.
  • Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
  • Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.


Menghilangkan Darah Pada Pakaian
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.


Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.



Mengekalkan Warna Kain Batik
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.


Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.



Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.



Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
  • Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
  • Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
  • Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Petua Menghindari Penyakit
Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.


Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.



Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.



Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.



Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
  1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
  2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
  3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Telinga Dimasuki Air
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.


Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
  • Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.
Memerahkan Bibir
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.


Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.



Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.



Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.



Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.



Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

  1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-

  1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
  2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Memulihkan Tenaga Lelaki
  1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
  2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

  • Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
  • Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
  • Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.
Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
  1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
  2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.
Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.



Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.



Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.



Penawar Sakit Kepala
  1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
    • Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
    • Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
  2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
  3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
  4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
  5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

  1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
  2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.
Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.



Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.



Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.



Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.



Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.



Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.



Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

  1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.
  2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam
Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.


Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.



Hilangkan Rasa Pijar
  1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
  2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.
Jadam Legakan Bengkak
Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.



Tersusuk Duri
  1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
  2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
Ruam
Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
  1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
  2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
  3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Penawar Bisul
  1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
  2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
  3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
  4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
  5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Mencantikkan Kulit Bayi
Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.


Ketuat
  1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
  2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
  1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
  2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.


Kurangkan Bercakap
Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.



Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.



Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
  1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
  2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
  3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
  4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Mabuk Kenderaan
  1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
  2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.


Keputihan
  1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
  2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
  3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.
Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.


Melegakan Cirit Birit
  1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.
  2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
  3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.


Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari



Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.



Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.



Menajamkan Penglihatan
  1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
  2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
  3. Bercelak ketika hendak tidur.
  4. Kerap duduk mengadap kiblat.
  5. Makan lobak putih selalu.
Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.


Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.



Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.



Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.



Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.



Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.



Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.



Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.



Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.



Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.



Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
  1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
  2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
  3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.
Mengubati Senggugut
  1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
  3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
  4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.


Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.



Menyegarkan Badan
Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :

  • Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.
  • Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi.
  • Lalu digosokkan di dinding kemaluan.
Merawat Luka
  1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
  2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
  3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.
  4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.
  5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.
Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.


Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.



Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.



Kanak -kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.



Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.



Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.



Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.



Selesema
  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali
Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.


Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.



Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.



Suami Ketagih Rokok
Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.



Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.



Gastrik
  1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
  2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
  3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.
Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.


Bengkak-bengkak di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.



Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
  1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
  2. Segera beri minum air kelapa yang muda.
Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.


Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari



Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.



Telinga Dimasuki Serangga
  1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
  2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.


Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.



Melawas Kencing
  1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
  2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.
Mengubati Gelgata
  1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
  2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.
Segarkan Saraf
Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Lelah
  1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.
  2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.


Berkhatan Cepat Sembuh
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.



Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.



Penawar Kencing Manis
  1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
  2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Petua Mengelakkan Barah
  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Petua Menjaga Wajah

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Tegangkan Kulit Muka
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Kulit Muka Lembut dan Cerah
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Hilangkan Parut Demam Campak
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Menghilangkan Panau di Muka
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Alat Solek Tidak Sesuai

  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.



Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.





Petua Mata
Sakit Mata
  1. Jika anda mengalami sakit mata, cubalah petua ini, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
  2. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Insya-Allah sakit mata akan berkurangan.
  3. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
  4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
  5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.
Gatal Mata
Ramas beberapa helai daun sirih dan rendam dalam air suam selama 10 minit. Tapis air tersebut. Kemudian cuci mata anda sehingga rasa gatalnya berkurangan.



Mata Terkena Cabai
Jika mata anda terkena cabai, jangan panik. Ambil secubit garam kemudian kunyah. Rasa pedih akan beransur kurang.



Mata Ditumbuhi Ketumbit
Gesel dua batang sudu, kemudian sapukan bahagian yang digesel di tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.




Petua Minyak Kelapa

Menyimpan Lebihan Minyak Kelapa
Masukkan beberapa potong ubi kentang ke dalam minyak yang telah kerapkali digunakan untuk menyerap kotoran pada minyak. Oleh itu, minyak boleh disimpan lama dan boleh digunakan.


Mengilatkan Perabot
Perabot rotan selalu berhabuk dan semakin lama, warnanya akan pudar. Untuk mengilatkannya kembali, gosoklah minyak kelapa pada perabot tadi.



Menghindari Kerepek Berminyak
Sukun paling sedap apabila digoreng atau dibuat kerepek. Untuk mengelakkan sukun daripada diserap minyak :

  • Campurkan sukun dengan air dan setengah sudu kecil serbuk soda bikarbonat. Biarkan seketika.
  • Setelah digoreng, didapati kerepek tidak banyak menyerap minyak.
Mengelakkan Minyak Masak Berbau Tengik
  1. Untuk mengekalkan rasa minyak masak walaupun telah digunakan ialah masukkan satu sudu kecil santan ke dalamnya. Minyak tersebut tidak akan berbau tengik dan bolehlah digunakan terutamanya untuk menggoreng.
  2. Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian boleh digunakan semula untuk menggoreng.

Petua Masakan

Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.
Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.



Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.



Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.



Mengelakkan Bau Hangit Nasi
  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.
Nasi Lambat Basi
  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.



Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.




Petua Madu

Khasiat Madu Lebah
Untuk menghilangkan batuk :
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan sedikit air limau nipis ke dalam setengah gelas air.
  • Minum setiap pagi dan malam sebelum makan. Dalam masa seminggu batuk akan hilang.
Menyihatkan Badan
Campurkan madu dengan beberapa biji telur ayam kampung. Minum waktu pagi.



Mencantikkan Wajah
Campur telur dan madu. Kemudian sapukan pada muka. Lakukan seminggu sekali sebagai masker. Wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri-seri.



Memerahkan Bibir
Sapukan madu pada bibir tiap-tiap malam sebelum tidur.



Menyimpan Madu
Masukkan beberapa butir padi ke dalam botol yang berisi madu. Kemudian simpan di tempat yang kering.





Petua Lipas

Hindari Lipas
Lipas amat suka mendiami laci-laci pada almari di samping meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Anda boleh menghalau lipas-lipas ini dengan cara :-
  • Simpulkan beberapa helai daun panda.
  • Kemudian letakkan di dalam laci dan almari. Laci juga akan berbau harum.

Petua Kupang

Cara Bersihkan Isi Kupang
Untuk mengelakkan kupang berpasir ketika dimasak :-
  • Rendam selama 10 minit dengan air biasa.
  • Toskan dan masaklah seperti biasa. Anda akan dapati isi kupang bersih dan tidak berpasir lagi. Kerang, lala dan kepah boleh juga dibersihkan dengan cara ini.

Petua Kunyit

Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.


Melancarkan Perjalanan Darah

  1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.



Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.





Petua Kuali

Kita hanya menggunakan kuali yang besar ketika mengadakan majlis keramaian atau kenduri kahwin. Cara untuk membasuh kuali tersebut dengan mudah ialah :-
  1. Sebelum memasak ambil sedikit minyak kelapa. Kemudian lumurkan sebelah luarnya dengan minyak kelapa.
  2. Sebelum memasak, bancuh tepung (sebarang tepung) dengan air sedikit supaya ia pekat. Kemudian lumurkan tepung yang sudah dibancuh itu di bahagian luar kuali.
  3. Satu lagi cara yang selalu digunakan ialah dengan melumur kertas suratkhabar dengan sebarang minyak(kecuali petrol/minyak tanah). Kemudian lekatkan pada bahagian laur kuali itu.

Petua Ketiak

Menghilang Bulu Ketiak
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.


Menghilangkan Bau Ketiak
Bau ketiak memang tidak menyenangkan. Untuk menghilangkannya, ikutilah petua-petua ini untuk menghilangkannya :-

  1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  2. Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
  3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
  4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  6. Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
  7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

Petua Kentang

Melazatkan Kentang
Kentang enak dimakan tanpa dikupas kulitnya. Gosok kentang dengan hampas kelapa hingga kulitnya bersih. Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.




Petua Kelapa

Khasiat Hampas Kelapa
Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.


Kelapa Isi Tebal
Pilihlah kelapa yang agak bujur seperti telur ayam. Ataupun tempurung jantannya agak lonjong. Itu tanda kelapa tebal isinya.




Petua Keladi

Hilangkan Gatal Keladi
  1. Potong batang keladi dan rendamkan dalam air yang dicampur isi buah pinang. Biarkan seketika. Kemudian cuci bersih dan bolehlah dimasak
  2. Rebus keladi yang telah dipotong sehingga separuh masak. Toskan airnya. Kemudian masak mengikut kesukaan anda.

Petua Kambing

Mengatasi Bau Hamis Daging Kambing
Ramai di antara kita kurang berminat merasa daging kambing kerana baunya yang hamis. Amalkan petua di bawah untuk menghilangkan bau hamis itu :
  1. Kisar daun serai, daun limau purut dan daun pandan. Campurkan dengan sedikit tepung gandum, garam dan air limau nipis. Kemudian perapkan daging kambing yang telah dipotong selama satu jam. Cuci daging tersebut sehingga bersih.
  2. Gunakan air beras untuk membasuh daging kambing kerana ia juga boleh menghilangkan rasa hamis atau hanyir.

Petua Kecantikan

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.



Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.



Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.



Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.



Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.



Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.
Mengempiskan Perut
  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik
  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.



Ubat Sakit Kaki
  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.



Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.




Petua Jemput-jemput

Lembut dan Enak
  1. Kuih jemput-jemput sesuai dihidangkan sebagai sajian petang. Ia digemari terutamanya oleh kanak-kanak. Untuk membuat jemput-jemput yang lembut dan sedap, ini ada satu petua :
    • Rendamkan beberapa keping roti dalam air dan bairkan seketika.
    • Gaulkan roti tadi bersama bancuhan tepung. Kemudian goreng jemput-jemput ini seperti biasa.
  2. Campurkan sebiji telur ke dalam bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang banyak. Jemput-jemput akan terasa enak dan rangup.

Petua Ikan

Ikan garing dan Tidak Melekat
Masukkan sekeping asam gelugur ketika mengoreng ikan. Anda akan dapati ikan tersebut tidak melekat dan cepat garing.


Ikan Goreng Tidak Hanyir
Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba amalkan petua ini :-

  1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
  2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.
Hilangkan Masin Ikan Kering
Rendamkan ikan tersebut dalam air kelapa beberapa minit sebelum digoreng



Melazatkan Ikan Beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah: rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.



Menanggalkan Sisik Ikan
Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara yang mudah ialah dengan merendamkan ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapai sisiknya mudah tertanggal.



Mengelakkan Ikan Masin Hancur
Ikan masin terutamanya gelama akan mudah hancur bila digoreng. Bagi mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum pada ikan terlebih dahulu sebelum digoreng.



Menyedapkan Ikan Bakar
Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya, selepas dicuci ikan tersebut hendaklah diperapkan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakar atau dipanggang.



Ikan Segar Walau Disimpan Lama
  1. Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
  2. Setelah ikan di siang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh dan sedikit garam. Selepas itu cucilah dengan air. Masukkan ikan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Hilangkan Hanyir Ikan
Air basuhan beras jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Setelah ikan dibersihkan, rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.



Hilangkan Hanyir Ikan Sungai
  1. Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.
  2. Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa.
Telur Ikan Tidak Pecah
Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang lima minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.





Petua Haruman

Mengelakkan Peti Sejuk Berbau
Peti sejuk yang tidak bersih akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Ikutlah beberapa petua ini.
  1. Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
  2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk. Arang ini akan menyerap bau busuk itu.
  3. Letakkan sepotong nanas pada setiap tingkat di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak akan hilang.
Mengharumkan Alamari Pakaian
  1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan, ialah dengan menggunakan kulit limau. Balutkan kulit limau dengan kain. Untuk mencantikan lagi, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian.
  2. Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.

Petua Gigi

Sakit Gigi Geraham Bongsu
Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.


Sakit Gigi Berlubang
  1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
  2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
  3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
  5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.
Memutihkan Gigi
  1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
  2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
  3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Petua Emas

Membersihkan Barang Kemas
Ada beberapa cara untuk membersihkan barang kemas. Di sini dipaparkan dua cara untuk membersihkan barang kemas.
  1. Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Kemudian berusnya dengan ubat gigi menggunakan berus gigi yang lembut. Gosoklah sehingga dakinya hilang. Kemudian cuci dan rendamkan dalam air teh selama beberapa jam. Kemudian keringkan.
  2. Rendam barang kemas dalam air asam jawa dan biarkan semalaman. Kemudian gosok menggunakan ubat dan berus gigi.

Petua Daging

Melembutkan Daging
Ada beberapa cara untuk melembutkan daging. Antaranya ialah :
  1. Ramai surirumah mengeluh kerana daging yang mereka masak tidak empuk. Untuk mengatasinya, rebus daging dengan satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
  2. Tumbuk halia dan camprkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging kira-kira setengah jam. Kemudian bilas dengan air dan bolehlah dimasak seperti biasa.
  3. Masukkan beberapa ketul air batu ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
  4. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.
Melembutkan Perut Lembu
Memasak perut lembu mengambil masa yang agak lama. Cara yang paling berkesan ialah masukkan sudu kaca ke dalamnya sewaktu merebus.




Petua Cucur

Meranggupkan Cucur
Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa enak bila dimakan.




Petua Cili

Cili Jeruk Tahan Lama
Celurkan cili yang telah dihiris ke dalam air panas. Biarkan semalaman. Toskan airnya sehingga kering. Kemudian campurkan sedikit cuka, air masak dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup.
    Menghancurkan Biji Cili
    Kita sering menghadapi masalah untuk menghancurkan biji cili setelah dikisar:-
    • Masukkan cili dan bahan-bahan lain ke dalam balang pengisar.
    • Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam balang pengisar tadi.
    • Kisar sehingga semuanya hancur.
Cili Kisar Tahan Lama
  • Buang biji cili kering terlebih dahulu dan rendam semalaman.
  • Kisarkan sehingga hancur. Rebus bersama sekit minyak masak sehingga kering.
  • Apabila sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk.
Masakkan cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk bolehlah dikisar hingga hancur. Simpan dalam peti sejuk.




Petua Cerek

Membersihkan Cerek
Untuk menghilangkan mendapan kapur dalam cerek, ikuti petua ini :-
  • Isikan air dan cuka dalam cerek dengan sukatan yang sama. Didihkan dan biarkan semalaman. Mendapan kapur akan tanggal dan cerek kembali bersih.
  • Untuk membersihkan cerek yang diperbuat daripada aluminum, campurkan sedikit asam jawa dengan air. Biarkan seketika dan dibasuh.

Petua Bunga

Menyegarkan Jambangan Bunga
Cara untuk mengelakkan jambangan bunga dari cepat layu ialah dengan cara :-
  • Tumbuk beberapa biji panadol hingga hancur.
  • Lembabkan sedikit kapas dan sapukan dengan serbuk panadol tadi. Kemudian balutkan pada pangkal bunga dengan kertas timah.
Menggalakkan Pokok Bunga Berbunga
Air cucian beras bukan sahaja boleh digunakan sebagai penghilang bau hanyir ikan tetapi amat baik dijadikan siraman pada pokok bunga. Insya'Allah pokok akan mengeluarkan bunga yang banyak.



Petua Bubur

Bubur
Memasak bubur nasi mengambil masa yang lama. Bagi menimatkan masa, cubalah petua ini :

  • Masak beras hingga kembang. Apabila air hampir kering. Tutupkan api.Biarkan seketika. Kemudian masakkan semula. Bubur nasi akan cepat lembut.

Petua Buah-buahan

Memilih Nanas :-
  • Pilih nanas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol.
  • Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik - bintik putih.
Buah yang dipotong berubah warna:-

  • Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya.
  • Boleh juga mencelupkan buah-buahan tersebut dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya, ia juga menambahkan rasa manis pada buah-buahan tersebut
Buah-buahan kelihatan segar :-
Untuk membuatnya kelihatan segar, sapukan buah-buahan tersebut dengan minyak kelapa kemudian renjiskan dengan air. Cara ini sesuai untuk buah-buahan sebagai hantaran.




Petua Beras

Membersihkan Beras :-
Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali krana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.


Beras Tidak berkutu:-
Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

Menghilangkan Hapak Beras :-
Caranya ialah dengan membasuh dan masak beras iru seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

Beras Tidak Bermutu:-
Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, cubalah petua ini untuk mengatasinya :-Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.


Petua Batu Tumbuk

Membersih Batu Tumbuk
Batu Tumbuk yang baru dibeli selalunya berpasir. Cara Untuk menghilangkannya ialah dengan menumbuk dahulu dengan hampas kelapa. Setelah itu, basuhkan dengan air. Batu tumbuk ini pasti tidak berpasir bila digunakan semula.


Petua Badan

Hilangkan Daki Di Badan
  1. Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
  2. Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.
Cara untuk melangsingkan badan ialah;
  1. Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
  2. Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari.
Related Posts with Thumbnails