Ahad, 12 Jun 2011

Sakit Jantung....Pantang Larang Dalam Pemakanan

Oleh kerana suami saya mengidap sakit jantung, so...saya sentiasa mencari info-info yang berkaitan terutamanya faktor pemakanan selain daripada mendapatkan rehat yang cukup, masa tidur yang cukup dan teratur, cuba elakkan stress melampau....dan untuk yang merokok tu, kurang-kurangkanlah.....


Di bawah nie adalah senarai makanan anti kolestrol yang elok diamalkan kalau tahu kita ada sakit jantung...




Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid ni berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung.
Flavanoid juga boleh anda perolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.



Epal
Dengan memakan sebiji epal setiap hari, ia sudah memadai untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kolesterol dalam badan anda.
Ini kerana epal mengandungi phytonutrient. Di mana ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tak baik.
Opss, kalau anda jemu makan epal begitu saja, sekali-sekala kisarkan ia untuk dijadikan jus. Khasiatnya tetap sama.



Ikan Tuna
Ikan tuna merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 ni baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.


Jambu Batu
Untuk makluman anda, jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda sehingga 19%.
Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari.
Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.


Kacang Soya
Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Di mana bahan ini dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik.
Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin juga zat galian. Lagi satu, kandungan kolesterolnya juga rendah.
Sekiranya memakan makanan yang diproses daripada kacang soya ni, ia mampu menghindari anda daripada diabetes dan penyakit jantung.


Kacang Tanah
Kacang tanah yang masih berkulit dan kemudiannya dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E.
Seterusnya, ia mampu menghalang radikal bebas supaya tak merosakkan kolesterol baik . Malah, ia membantu anda mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.


Kismis
Ia mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol.
Buktinya, jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia dikatakan boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%. Woww, banyak tu!


Kuaci
Selain mengurangkan kolesterol, anda boleh ambil kuaci tawar sama ada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi.
Kaitannya di sini adalah pola pemakanan yang rendah zat besi akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.
Jadi, saya harap anda dah nampaklah akan kebaikan kuaci ni. :)


Buah Mangga
Kandungan vitamin C yang dimiliki buah mangga berperanan mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.


Oat
Oat juga berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larutnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumberdiet rendah lemak.


**********************

 “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)”



  1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
  2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.
  3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi.
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
  6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
  7. Elakkan mandi selepas makan.
  8. Amalkan amalan:  Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
  10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


***********************************

Setelah menyiasat permakanan Hasmah ini, saya mendapat petunjuk yang sangat menarik iaitu Hasmah makan telur secara berterusan sekurang-kurangnya sebiji telur sehari semenjak kecil. Graf denyutan jantung Hasmah yang terlalu teruk menghalang saya untuk mengenalpasti penyakit lain kerana agak mustahil kerana graf tersebut sukar menentukan penyakit lain oleh kerana terlampau teruk “irregular”nya. Saya menasihatkan Hasmah untuk mengambil makanan tertentu bagi merawat jantungnya termasuk jangan lagi makan telur, elakkan margerin, elakkan creamer, kurangkan ayam daging dan mengelakkan makan burger, naget dan makanan rapu lainnya.


Tinta Teratak Kasih
Create your own banner at mybannermaker.com!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails