Selasa, 14 Jun 2011

Fadhilat Surah Al-Faatihah


Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat.Rasulullah s.a.w.berfirman yang bermaksud:"tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah,"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah).

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah.Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: " Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-ku kepada separuh, dan bagi hamba-ku apa yang dipintanya..."

Hamba : Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.

Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

Hamba: Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan.

Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba: Tunjukkilah jalan yang lurus.

Khalik: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka murkai dan
             bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik: ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

                                                 (Hadith riwayat Muslim,al-Tarmizi dan al-Nasa'i)



Sesiapa yang mengekalkan mambaca AlFathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, makan fazilatnya ialah:
  • Meminta pangkat melainkan dapat.
  • Ia miskin melainkan kaya.
  • Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
  • Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
  • Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
  • Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.
Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:
“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”
“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”
“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”
Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

Air Faatihah
Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tanngan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.
Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:
Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.
Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.


Melepaskan Dari Terikat Atau Belengu
Apabila sesaorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fathihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu.
Insyaaal akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

Pendinding Masa Tidur
Sesiapa membaca Fathihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidor,kemudian ia membaca Qulhuallah 3 kali, surah alFalaq sekali, dah surah anNas sekali, terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuksemasa tidor.

Penerang Hati
Jika dibacakan Fatihah:
  • 70 kali sehari
  • selama 7 hari
pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati.
Insyaallah akan dibukakan allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.


Untuk Sampai Hajat
Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:
"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."
Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.

Wirid Faatihah
Sesiapa yang membaca alFathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:
  • Dimurahkan allah rezkinya
  • Diperbaikki hal ehwalnya.
  • Dibersihkan hatinya.
  • Diangkat darjatnya.
  • Dimudahkan pekerjaannya.
  • Dilepaskan ia daripada dukacita
  • Dijauhkan dari mudharat.
  • Diberi ia kerajinan dan semangat.
  • Tidak keciwa.
  • Dijauh dari asutan syaitan.
  • Di ilham kepadanya kebajikan.

Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.
Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
Insayallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.
Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:
Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.
Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.
Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang salleh lagi baik.
Fathihah di atas kapas.
Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.
Bacaan untuk pelayar
Jika di baca Fathihah sebanyak 41 kali di belakang orang yang hendak belayar, Inyaallah di selamatkan ia dalam pelayarannya dan di kembalikan semula ke tanah air dalam keadaan sihat afiat.
Jika hendak membereskan sesuatu pekerjaan
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu denga baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.
Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.
Jika berasa dahaga
Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.
Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.
Mengubat sakit telinga.
Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas ekmudian dihapuskan tulisan itu dengan minya mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallh afiat.
Minyak Fathihah.
Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan unutk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.
Menjadi Penawar.
Jika disengat binantang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.
Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.
************************

Hadis Berkaitan Kelebihan Surah Al-Faatihah

Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)
PENJELASAN LANJUT
Rasulallah (saw) bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’ Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”
Telah di riwayatkan dari setengah ahli sufi bahawa segala yang terkandung dalam kitab Allah yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan segala kandungan al-Quran terdapat dalam dalam surah al-Fatihah dan apa-apa yang terkandung dalam surah al-Fatihah terapat dalam “Bismillah” dan apa-apa yang terdapat dalam “Bismillah” terapat dalam huruf “ba”.
Terdapat juga dalam kitab tafsir menerangkan bahawa huruf “ba” bertugas sebagai penemu, yakni huruf “ba” memutuskan segala hubungan sesaorang hamba dengan segala perkara yang lain dan menemukan dengan Allah.
Sebahagian ulamak berpendapat bahawa apa-apa yang terdapat dalam huruf “ba” terkandung dalam titik pada “ba” itu, yakni titik wahdaniah. Dalam istilah ilmu tasauf, titik wahdaniah bermaksud sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi lagi.
Setengah ulamak menukilkan, ayat “Iya kanaq budu yaiya kanasta’in” , terkandung segala hajat dunia dan ugama.
Rasullah (saw) pernah bersabda melalui satu hadis, “Demi Zat yang nyawaku dalam genggamanNya, satu surah yang seumpama ini tidak pernah diturunkan samaada dalam Taurat, Injil, Zabur atau bahagian yang lain dalam al-Quran.”
Membaca surah al-Fatihah dengan penuh keyakinan akan dapat menyembuhkan segala penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau penyakit batin.
Al-Fatihah yang ditulis dan dijadikan tangkal dan juga menjilat al-Fatihah yang ditulis berfaedah untuk mengubat penyakit.
Terdapat dalam kitab-kitab hadis yang sahih bahawa para sahabat nabi pernah membaca surah al-Fatihah dan menghembus ke atas orang yang di patuk ular atau disengat kala jengking, orang yang terkena sawan dan orang gila. Rasullah (saw) sendiri mengharuskan perbuatan ini.
Dalam satu riwayat, Rasullah (saw) pernah membaca surah al-Fatihah lalu menghembuskan kepada Hazrat Saib bin Yazid (r.a) dan baginda membaca dan menyapu air liur pada tempat yang sakit itu.
Dalam hadis yang lain pula, bahawa sesiapa yang berbaring dengan niat untuk tidur dan membaca al-Fatihah serta surah al-Ikhlas kemudian menghembus keatas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan dari segala bahaya melainkan maut.
Pahala memabaca surah al-Fatihah menyamai pahala membaca dua pertiga al-Quran.
Rasulallah (saw) pernah bersabda, “Aku telah mendapat empat perkara dari khazanah khas dari ‘Arash. Tiada sesiapa pun yang mendapat apa-apa perkara lain dari khazanah tersebut. Pertamanya adalah surah al-Fatihah, keduanya ayat Kursi, ketiganya ayat akhir dari surah al-Baqarah dan keempat surah al-Kauthar.”
Hazrat Hassan Basri (rah) meriwayatkan satu sabdaan Nabi (saw) yang berbunyi, “Seorang yang membaca surah al-Fatihah seumpama seorang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang mulia.”
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya  dengan debu apabila berlaku empat peristiwa; pertama apabila dia dilaknat, kedua apabila dia di kelurkan dari syurga ke dunia, ketiga apabila Nabi Mohammad (saw) dianugerahkan dengan kenabian dan kekempat apabila surah al-Fatihah diturunkan.
Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Hazrat Sya’abi (rah) mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Hazrat Sya’abi menasihatkannya supaya membaca ‘Asasul-Quran’ kemudian menghembus kepada tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah ‘Asasul-Quran’, Hazrat Sya’abi menjawab, “Surah al-Fatihah.”
Antara amalan para masyaikh yang mujarab ialah surah al-Fatihah. Surah ini juga sebagai Ismul A’zam yang sepatutnya dibaca  tujuan memohon apa-apa hajat.
Didalam kitab Sahih Muslim terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh dari Hazrat Abdullah bin Abas (r.a) bahawa pada suatu ketika Rasulallah (saw) sedang duduk bersama kami. Baginda (saw) bersabda, “Dilangit telah dibuka satu pintu yang belum pernah dibuka  sebelum ini, dan dari pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepada ku, “Terimalah satu berita gembira dengan dua nur yang belum pernah diberikan kepada  sesiapa pun sebelum ini, pertama adalah surah al-Fatihah dan kedua adalah tiga ayat trakhir dari surah al-Baqarah.”



Create your own banner at mybannermaker.com!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails