Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011


Ucapan Selamat Hari Guru

Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru…Terima Kasih Cikgu..” kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan berguna pada hari ini. Antaranya ialah :

  • Kedua ibu bapa - Ayah - Haron Bin Mat Din dan Emak - Halijah Binti Ahmad. Mereka merupakan guru pertama saya. Mereka mengajar saya mengenali alam ini. Selain itu, mereka juga mengajar saya mengenali siapa Allah SWT, siapa Nabi Muhammad SAW dan apa itu Islam. Di samping itu, mereka juga mengajar dan mendidik saya agar menjadi anak yang sentiasa menghormati orang tuanya dan orang lain supaya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.
  • Guru al-Quran - Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan “Pak Ngah Brahim” merupakan guru al-Quran saya. Saya belajar al-Quran secara rasminya dengan beliau seawal umur 6 tahun. Alhamdulillah berkat doa kedua ibu bapa serta didikan dan bimbingan beliau dalam pengajian al-Quran, saya berjaya khatam al-Quran pada usia 11 tahun.
  • Guru Tadika - Cikgu Zaiton dan Cikgu Latifah merupakan guru tadika saya. Di sinilah saya mula mengenali A, B, C, dan Alif, Ba, Ta secara rasminya.
  • Semua guru Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang, Simpang Empat, Perlis.
  • Semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar, Perlis - (Tingkatan 1 - 3)
  • Semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Alawiyah Arau, Perlis (sekarang SMKA Arau) - (Tingkatan 4-5)
  • Semua pensyarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu terutamanya para pensyarah Diploma Kewangan (1997 - 2000)
  • Semua pensyarah KUSZA yang terlibat dalam program francais University of East London (UeL) terutamanya para pensyarah BA(Hons) Business Study especially Dr. Che Noraini Binti Hashim.

“Tanpa didikan, teguran dan bimbinganmu kelmarin, siapalah aku pada hari ini….”

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” khususnya kepada rakan-rakan yang telah pun menjadi guru dan seluruh warga pendidik tidak kira di mana anda berada.


Selamat Hari Guru....

Create your own banner at mybannermaker.com!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails