Seorang gadis Muslim (mahasiswa salah satu universiti luar negara) telah menghabiskan masa cutinya bersama kawan-kawannya sepanjang musim panas.Kesempatan ini diambil kerana rasa rindunya terhadap pelbagai kenangan bersama mereka pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, dia telah tinggal di sana lebih lama dari apa yang telah dirancang.
Hari menghampiri senja, dia pun berjalan seorang diri untuk pulang ke rumah. Tiada perasaan takut dalam dirinya kerana di situ adalah sebuah pekan kecil dan dia tinggal hanya beberapa blok sahaja jauhnya. Ketika dia berjalan melalui sebuah pokok yang besar,dia meminta agar Allah melindungi dirinya dari sebarang bahaya dan malapetaka. Apabila sampai di satu lorong, iaitu jalan pintas untuk ke rumahnya, dia pun bertekad untuk melalui lorong itu.
Namun, di pertengahan lorong dia melihat seorang lelaki sedang berdiri di penghujung lorong tersebut seperti sedang menunggunya.Dia menjadi gelisah dan mulai berdoa, meminta perlindungan dari Allah SWT. Lantas kemudian dia merasa satu perasaan yang begitu nyaman. Perasaan tenang dan selamat hadir dalam dirinya, seolah-olah ada orang berjalan bersama dengannya. Ketika sampai di hujung lorong, dia berjalan melepasi lelaki tersebut dan sampai ke rumahnya dengan selamat.
Hari berikutnya, dia membaca di akhbar bahawa seorang gadis muda telah diperkosa di lorong yang sama, hanya dua puluh minit setelah ia berada di sana.
Dia terpaku dan merasa bernasib baik sangat serta merasa simpati ke atas apa yang berlaku pada gadis tersebut.Dia mulai menangis. Berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT atas keselamatan dirinya dan untuk membantu wanita muda ini, dia memutuskan untuk pergi ke pejabat polis. Dia merasa dia masih mengenali lelaki itu (perogol), sehingga dia menceritakan kepada polis kisahnya. Polis menanyakan adakah dia akan bersedia untuk melihat barisan suspek tersebut dan boleh mengenalpasti dirinya.
Dia setuju dan terus menunjuk lelaki yang dilihatnya di lorong pada malam kejadian. Ketika tertuduh dikenalpasti, dia terus tertunduk dan mengaku kesalahannya.
Pegawai polis berterima kasih untuk keberaniannya dan bertanya adakah ada sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk dirinya. Dia meminta supaya polis bertanya satu soalan kepada "perogol" tersebut. Dia ingin tahu mengapa dia tidak diserang pada malam itu, sedangkan dia hanya berjalan seorang diri.Selepas disoal, perogol itu pun menjawab, "Kerana dia tidak sendirian. Ada dua orang lelaki gagah berjalan di kedua-dua sisinya"...

*******************************************************************
“Dan katakanlah (wahai Muhammad), berdoalah kepada-Ku. Nescaya Kumakbulkan permintaanmu. Sesungguhnya mereka yang takbur dan enggan beribadat kepada-Ku akan dicampakkan ke dalam neraka Jahanam yang perit azabnya.” (Surah al-Ghafir: ayat 60)
Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Tiada seorang Muslim berdoa tidak mengandungi dosa atau mengarah kepada pemutusan hubungan kekeluargaan, melainkan Allah akan mengurniakan baginya salah satu daripada tiga keadaan, iaitu
(1) segera dikabulkan doanya;
(2) disimpan untuk diberikan di akhirat;
(3) atau kerana doanya itu maka Allah menjauhkan dia daripada kesulitan.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan