
Sebenarnya untuk catatan kali ini saya ingin berkongsi sedikit doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk mencapai impian setiap pasangan hidup....yakni KELUARGA BAHAGIA. Setelah saya kutip dalam pelbagai sumber...inilah hasil yang dapat dicatatkan...semoga kita dapat manfaat darinya. Amalkanlah mana-mana yang kita rasa senang nak amalkan...

Berikut saya sisipkan zikir dan doa pelembut hati sebagai panduan kita semua yang memerlukannya, insyaallah.
1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri/suami yang mahu hati pasangannya menjadi lembut:
"Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir"
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas isteri/suami sekira-kira pasangan tidak perasan. Atau isteri/suami membacanya waktu pasangan tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) pasangan. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)
Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
3. Doa Pelembut Hati
Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura –ayat 19 (42)
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Cara Beramal
-Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.
1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.
Kaedah
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
"Ya Allah lembutkanlah hati anakku"
"Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah"
iii. Kemudian baca doa di atas iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
***Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah *** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.
4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang
a) Istighfar 3 x
b)Niatkan dalam hati: "Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya"
c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x
Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)
-Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Renungkanlah....Bukan hanya manusia yang sebaik-baik kejadian ciptaanNya sahaja yang Allah SWT anugerahkan akal fikiran untuk berusaha, berikhtiar untuk mencapai impian hidup berpasangan iaitu sebuah keluarga sakinah mawaddah...bahkan haiwan juga mengimpikan sebuah keluarga bahagia...
Salam mesra...



2 ulasan:
mohon share yer...terima kasih
mohon share yer..terima kasih.
Catat Ulasan